Taska Dil Ilmi mula beroperasi sejak Mac 2006 di Seksyen 3 Taman Lestari Putra. Pada awalnya, jumlah kanak kanak adalah seramai kira kira 9 orang.
Setelah dua tahun, Taska Dil Ilmi berpindah pula di lokasi sekarang iaitu di Jalan LEP 4/7.
Taska Dil Ilmi, sebagai taman asuhan kanak kanak adalah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan pengasuh yang juga mendapat latihan dan kursus juga dari JKM.
Antara kelebihan Taska Dil Ilmi adalah:
- Mempunyai persekitaran dan dalaman yang bersih dan selesa.
- Kelengkapan alat permainan dan pembelajaran yang bersesuaian dengan peringkat usia dan perkembangan kanak kanak
- Makanan yang berkhasiat dan dimasak sendiri sesuai dengan diet mengikut peringkat umur
- Konsep pembelajaran sambil bermain yang pelbagai agar kanak kanak tidak mudah bosan dan rasa tertekan
- Dilatih untuk berdikari, seperti asas menguruskan diri, dan kemahiran dalam berkumpulan dengan kehadiran rakan rakan lain.
- Kemudahan taman permainan diluar rumah yang penting dalam membantu perkembangan menyeluruh kanak kanak
Ini semua boleh membuatkan ibu bapa tenang berada ditempat kerja tanpa merisaukan keadaan anak anak.