Pengasas

Puan Madawiyati Mohamad Nawi, 31 tahun, atau lebih mesra dikenali dengan nama Cikgu Ida,  berpengalaman berkerja di taska lebih 7 tahun sebelum membuat keputusan memulakan sebuah taska sendiri.

Ia didaftarkan atas nama Taska Dil Ilmi dan merupakan antara taska terawal di kawasan Seksyen 3, Taman Lestari Putra (yang sekarang telah berpindah ke Seksyen 4)

Disamping pengalaman yang cukup lama untuk mendalami selok belok pengurusan taska, Cikgu Ida juga telah mengikuti pelbagai kursus anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Kursus kursus tersebut adalah
  • Kursus Asas Asuhan Kanak kanak (KAAK)
  • Program Asas Keusahawanan
  • Pengurusan Taska
  • Pengurusan Kanak kanak, Keselamatan dan Kesihatan

Selain itu, pengasuh juga turut menghadiri kursus yang berkaitan. Ini adalah penting dalam memastikan kualiti dalam penjagaan kanak kanak mengikut standard dan piawaian secara professional.